Thursday, June 5, 2008

UTeM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ialah universiti teknikal pertama yang ditubuhkan di Malaysia. UTeM terletak di Ayer Keroh Melaka. Mempunyai 3 buah kampus, iaitu kampus industri, kampus bandar (Jalan Hang Tuah) dan kampus tetap (Durian Tunggal).

UTeM terdiri daripada 5 buah fakulti iaitu
- FTMK (Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
- FKE (Fakulti Elektrik)
- FKEKK (Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Komputer)
- FKM (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal)
- FKP (Fakulti Kejuruteraan Pembuatan)

UTeM menawarkan pelbagai kursus2 yang berteknologi tinggi yang mampu memberi saingan di pasaran pekerjaan. Dengan kemudahan serba lengkap, pensyarah2 yang bertauliah dan berkebolehan tinggi UTeM mampu untuk meneroka lebih jauh didalam bidang teknikal sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi.

UTeM juga menyediakan pelbagai prasarana untuk kemudahan warganya seperti perpustakaan yang canggih, pusat komputer yang menyediakan kemudahan IT untuk para pelajar, pusat sukan yang lengkap dan pelbagai lagi.

Laman web rasmi UTeM http://www.utem.edu.my

No comments: