Friday, June 6, 2008

Perlunya penubuhan kesatuan pelajar UTeM

Kedudukan kebajikan pelajar di UTeM kini semakin meruncing, disini cadangan perlunya penubuhan sebuah suruhanjaya atau kesatuan pelajar yang kuat dan aktif dalam menyuarakan permasalahan pelajar di UTeM.

Kesatuan ini adalah bertujuan untuk menyatukan semua Mahasiswa di UTeM di bawah satu payung seperti mana BAKUTKM iaitu badan kebajikan staff UTeM. Penubuhan ini akan dapat membawa satu impak yang besar di mana di UTeM terdapat 2 badan yang kuat dalam memperjuangkan hal2 berkaitan dengan kebajikan kepada pihak atasan.

Kesatuan yang ditubuhkan ini akan bertindak membincangkan hal2 kebajikan terus kepada pihak2 yang berkenaan seperti canselori. Wakil2 daripada kesatuan ini akan berbincang terus dengan pihak tertinggi universiti tanpa melalui pihak Hal Ehwal Pelajar. Badan perhubungan pelajar seperti MPP akan membincangkan hal2 kebajikan dengan pihak HEP. Namun kesatuan ini akan membawa hal2 yang besar yang disuarakan oleh pelajar.

Kesatuan yang dibentuk ini diwakili oleh setiap penjuru universiti, ianya merangkumi ketua rumah setiap kolej kediaman, ahli2 jawatankuasa jaksis, ketua2 dan ajk2 kelab, Majlis Perwakilan Pelajar, Ahli jawatankuasa kolej kediaman luar dan ketua2 dari setiap kursus. Jika semua perwakilan ini hadir ke mesyuarat yang telah ditetapkan bersama pegawai2 tinggi universiti maka segala permasalahan yang timbul akan dapat diselesaikan dengan berhemah dan maklumat itu akan sampai ke setiap pelusuk universiti.

Setiap perwakilan yang hadir akan diberikan risalah2 dari pelbagai kelab dan dari pihak universiti untuk ditampal di mana2 sudut dinding di kolej kediaman untuk pengetahuan para pelajar yang lain. Ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat kepada semua warga universiti agar mereka yang tidak aktif sekurang2nya tau apa yang berlaku di dalam universiti dan apa aktiviti yang akan dijalankan.

Sekali lagi saya tegaskan agar, kesatuan pelajar UTeM ini perlu diaplikasikan dengan segera untuk kebaikan warga universiti.

No comments: