Saturday, June 7, 2008

Technician menghilang?

Suatu fenomena yang pelik berlaku di utem ini adalah, technician universiti selalu menghilang. Apabila pelajar universiti hendak berjumpa dengan mereka untuk meminjam peralatan atau ingin menggunakan makmal untuk tujuan akademik mereke hilang, tidak berada di tempat yang sepatutnya. No telefon diletakkan di depan pintu mengatakan jika terdapat permasalahan atau tidak berada di pejabat sila call no tersebut, namun jika call mereka tidak menjawap pun panggilan tersebut.

Sehelai memo pun tidak diletakkan yang mengatakan ke mana mereka pergi dan bila mereka akan berada semula di pejabat. Ini menyusahkan para pelajar universiti yang mahu berurusan dengan mereka dan perlu datang semula keesokan harinya, ini tidak sepatutnya berlaku didalam universiti yang mengatakan para pelajar adalah pelanggan utama universiti.

Jam bekerja adalah pada jam 8 pagi, namun jika datang tepat jam 8 pun mereka tak ada di pejabat. Datang semula jam 10 masih tidak ada dan ada yang mengatakan mereka minum pagi??? kemudian datang balik jam 12 sebelum masa rehat tghari, juga tidak ada dah keluar awal sebelum masa rehat. Penat dan merasa hampa terpaksa balik, kerja tertangguh dan datang semula keesokan harinya. Datang keesokan harinya, juga tidak berada di pejabat kerana pergi ke kursus (entah dimana) selama 2-3 hari. Tidak meletakkan sebarang notis di hadapan pintu mengatakan mereka keluar ke kursus, membuatkan pelajar tertunggu2.

- Perkara ini tidak sepatutnya berlaku demi masa depan universiti yang gemilang -

No comments: