Saturday, June 7, 2008

Penyalahgunaan Peralatan

Sindrom penyalahgunaan peralatan oleh segelintir masyarakat utem didapati semakin serius sejak kebelakangan ini, perkara ini disuarakan oleh pelajar2 universiti yang berada di peringkat bawahan. Suara2 ini kedengaran semakin berleluasa di perlu dibendung, Kemudahan peralatan universiti telah disalahguna untuk tujuan peribadi demi mengaut keuntungan, menggunakan kemudahan universiti dan mengambil bayaran dari pihak luar sedangkan peralatan tersebut sepatutnya digunnakan untuk tujuan akademik oleh pelajar dan ahli akademik, namun hal ini telah disebar secara meluas oleh para pelajar dan perlu dibendung.

Kemungkina bagi golongan ini mereka tidak kesah kerana kedudukan jawatan mereka dah tetap di universiti dan tidak menghiraukan mengenai hal orang lain. Perkara ini adalah serius kerana peralatan yang sepatutnya digunakan pada saat dan ketika ianya betul2 diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan assignment dan tugasan serta projek sarjana muda tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut kerana telah dipinjam oleh orang yang tidak berkenaan dari jabatan atau fakulti yang lain. Bila ditanya kepada technician hendak meminjam peralatan, maka technician akan menjawap telah dipinjam oleh....? mereka akan memberikan kemudahan tersebut lebih kepada orang yang ingin menjana pendapatan luar daripada orang yang menggunakan demi akademik.

- Seharusnya perkara ini tidak berlaku lagi sebelum ianya ke pihak yang lebih tinggi -

No comments: