Sunday, June 8, 2008

Peruntukan KPT dikurangkan 800 juta????

Hari ini menteri pengajian tinggi mengumumkan pengurangan peruntukan kementerian pengajian tinggi sebanyak rm800juta, adakah dengan pengurangan ini akan menyebabkan pembangunan UTeM akan menjadi semakin lembab, penantian selama 8 tahun untuk penyiapan kampus tetap UTeM kini akan menjadi semakin lembab dimana peruntukan untuk universiti2 lain selain UMS telah dikurangkan sebanyak 800juta, dengan jumlah yang banyak dikurangkan ini akan menambahkan lagi beban pelajar UTeM yang sedia ada memandangkan kolej kediaman pelajar di kampus tetap belum didirikan lagi. Dengan kenaikan harga bahan api, para pelajar tidak mendapat subsidi minyak, beban hutang PTPTN yang melampau2, yuran penginapan kolej kediaman yang tidak munasabah, perkhidmatan yang kurang memuaskan, prasarana yang mendukacitakan dan perjalanan yang jauh dari kolej kediaman ke kampus tetap adalah amat membebankan sekali untuk pelajar yang menuntut di UTeM nie.

Sepatutnya pihak kerajaan terutamanya KPT mendengar keluhan pelajar2 UTeM dan membantu mengurangkan beban pelajar dalam menuntut ilmu di menara gading ini. Diharap wakil dari negeri Melaka bersejarah ini iaitu timbalan kementerian pengajian tinggi akan dapat menyelesaikan isu ini.

No comments: