Tuesday, June 10, 2008

Pinjam buku perpustakaan... Cd??

Perpustakaan UTeM merupakan perpustakaan yang boleh dikatakan lengkap dan menarik cara persembahanya kepada pelangganya (pelajar dan staff) namun jika diteliti secara lebih mendalam ada segelintir pelajar yang nampak akan kelemahan yang ketara di perpustakaan UTeM.

Bagi pelajar2 kejuruteraan mungkin ianya tidaklah menjadi isu yang besar dan serius, namun bagi pelajar2 yang mengambil sains komputer di FTMK. Peraturan sedia ada UTeM perlulah dikaji semula dari segi peminjaman cd untuk rujukan pelajar, buku2 teknologi maklumat yang ada di perpustakaan UTeM boleh dikatakan banyak kerana UTeM hanya mempunyai beberapa buah fakulti dan peruntukan untuk pembelian buku2 banyak menjurus kepada kursus2 di UTeM.

Namun bagi pelajar2 IT di UTeM ini adalah sukar bagi mereka untuk mengulangkaji latihan2 yang berada di dalam buku2 yang dipinjam. Ini disebabkan oleh perpustakaan UTeM tidak membenarkan pelajar meminjam cd yang berada di dalam buku tersebut, cd itu hanya boleh digunakan di dalam perpustakaan. Di universiti lain contohnya UMS mereka membenarkan pelajar meminjam cd didalam buku untuk tempoh 3 hari. Dengan peraturan ini maka pelajar mudah untuk mengulangkaji latihan didalam buku yang dipinjam.

- Diharap pihak perpustakaan UTeM mengambil berat akan isu ini -
(Juga ditujukan kpa MPP)

No comments: