Wednesday, June 11, 2008

Tempat letak bas UTeM berbahaya...

Bas UTeM sering kali berhenti di depan post pengawal (pak guard) disebelah kiri mahupun di sebelah kanan, namun apa yang ingin dibincangkan disini adalah berkenaan dengan bas yang berhenti di sebelah kiri post pengawal, bas yang diletakkan disini menyukarkan untuk pelajar yang menyimpan motor mereka di tempat parking motor apabila mereka keluar. Mereka tidak akan nampak kereta yang akan masuk ke dalam utem kerana penglihatan dilindungi oleh bas. Begitu juga dengan pemandu kereta, mereka tidak akan nampak motor pelajar yang akan keluar dari susur tempat letak motor.

Ini adalah merbahaya bagi penunggang2 motor yang hendak keluar dimana kereta2 yang hendak masuk kedalam kawasan UTeM tidak berwaspada dan tidak memerhatikan penunggang2 motor, kereta2 yang masuk ke UTeM juga dilihat memandu dengan laju dan jika tidak ada notis amaran perlahankan kereta didepan post pegawal.

- Diharap pihak pengurusan UTeM akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin sebelum berlaku kemalangan -

Tuesday, June 10, 2008

Pinjam buku perpustakaan... Cd??

Perpustakaan UTeM merupakan perpustakaan yang boleh dikatakan lengkap dan menarik cara persembahanya kepada pelangganya (pelajar dan staff) namun jika diteliti secara lebih mendalam ada segelintir pelajar yang nampak akan kelemahan yang ketara di perpustakaan UTeM.

Bagi pelajar2 kejuruteraan mungkin ianya tidaklah menjadi isu yang besar dan serius, namun bagi pelajar2 yang mengambil sains komputer di FTMK. Peraturan sedia ada UTeM perlulah dikaji semula dari segi peminjaman cd untuk rujukan pelajar, buku2 teknologi maklumat yang ada di perpustakaan UTeM boleh dikatakan banyak kerana UTeM hanya mempunyai beberapa buah fakulti dan peruntukan untuk pembelian buku2 banyak menjurus kepada kursus2 di UTeM.

Namun bagi pelajar2 IT di UTeM ini adalah sukar bagi mereka untuk mengulangkaji latihan2 yang berada di dalam buku2 yang dipinjam. Ini disebabkan oleh perpustakaan UTeM tidak membenarkan pelajar meminjam cd yang berada di dalam buku tersebut, cd itu hanya boleh digunakan di dalam perpustakaan. Di universiti lain contohnya UMS mereka membenarkan pelajar meminjam cd didalam buku untuk tempoh 3 hari. Dengan peraturan ini maka pelajar mudah untuk mengulangkaji latihan didalam buku yang dipinjam.

- Diharap pihak perpustakaan UTeM mengambil berat akan isu ini -
(Juga ditujukan kpa MPP)

Sunday, June 8, 2008

Peruntukan KPT dikurangkan 800 juta????

Hari ini menteri pengajian tinggi mengumumkan pengurangan peruntukan kementerian pengajian tinggi sebanyak rm800juta, adakah dengan pengurangan ini akan menyebabkan pembangunan UTeM akan menjadi semakin lembab, penantian selama 8 tahun untuk penyiapan kampus tetap UTeM kini akan menjadi semakin lembab dimana peruntukan untuk universiti2 lain selain UMS telah dikurangkan sebanyak 800juta, dengan jumlah yang banyak dikurangkan ini akan menambahkan lagi beban pelajar UTeM yang sedia ada memandangkan kolej kediaman pelajar di kampus tetap belum didirikan lagi. Dengan kenaikan harga bahan api, para pelajar tidak mendapat subsidi minyak, beban hutang PTPTN yang melampau2, yuran penginapan kolej kediaman yang tidak munasabah, perkhidmatan yang kurang memuaskan, prasarana yang mendukacitakan dan perjalanan yang jauh dari kolej kediaman ke kampus tetap adalah amat membebankan sekali untuk pelajar yang menuntut di UTeM nie.

Sepatutnya pihak kerajaan terutamanya KPT mendengar keluhan pelajar2 UTeM dan membantu mengurangkan beban pelajar dalam menuntut ilmu di menara gading ini. Diharap wakil dari negeri Melaka bersejarah ini iaitu timbalan kementerian pengajian tinggi akan dapat menyelesaikan isu ini.

Saturday, June 7, 2008

Penyalahgunaan Peralatan

Sindrom penyalahgunaan peralatan oleh segelintir masyarakat utem didapati semakin serius sejak kebelakangan ini, perkara ini disuarakan oleh pelajar2 universiti yang berada di peringkat bawahan. Suara2 ini kedengaran semakin berleluasa di perlu dibendung, Kemudahan peralatan universiti telah disalahguna untuk tujuan peribadi demi mengaut keuntungan, menggunakan kemudahan universiti dan mengambil bayaran dari pihak luar sedangkan peralatan tersebut sepatutnya digunnakan untuk tujuan akademik oleh pelajar dan ahli akademik, namun hal ini telah disebar secara meluas oleh para pelajar dan perlu dibendung.

Kemungkina bagi golongan ini mereka tidak kesah kerana kedudukan jawatan mereka dah tetap di universiti dan tidak menghiraukan mengenai hal orang lain. Perkara ini adalah serius kerana peralatan yang sepatutnya digunakan pada saat dan ketika ianya betul2 diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan assignment dan tugasan serta projek sarjana muda tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut kerana telah dipinjam oleh orang yang tidak berkenaan dari jabatan atau fakulti yang lain. Bila ditanya kepada technician hendak meminjam peralatan, maka technician akan menjawap telah dipinjam oleh....? mereka akan memberikan kemudahan tersebut lebih kepada orang yang ingin menjana pendapatan luar daripada orang yang menggunakan demi akademik.

- Seharusnya perkara ini tidak berlaku lagi sebelum ianya ke pihak yang lebih tinggi -

Technician menghilang?

Suatu fenomena yang pelik berlaku di utem ini adalah, technician universiti selalu menghilang. Apabila pelajar universiti hendak berjumpa dengan mereka untuk meminjam peralatan atau ingin menggunakan makmal untuk tujuan akademik mereke hilang, tidak berada di tempat yang sepatutnya. No telefon diletakkan di depan pintu mengatakan jika terdapat permasalahan atau tidak berada di pejabat sila call no tersebut, namun jika call mereka tidak menjawap pun panggilan tersebut.

Sehelai memo pun tidak diletakkan yang mengatakan ke mana mereka pergi dan bila mereka akan berada semula di pejabat. Ini menyusahkan para pelajar universiti yang mahu berurusan dengan mereka dan perlu datang semula keesokan harinya, ini tidak sepatutnya berlaku didalam universiti yang mengatakan para pelajar adalah pelanggan utama universiti.

Jam bekerja adalah pada jam 8 pagi, namun jika datang tepat jam 8 pun mereka tak ada di pejabat. Datang semula jam 10 masih tidak ada dan ada yang mengatakan mereka minum pagi??? kemudian datang balik jam 12 sebelum masa rehat tghari, juga tidak ada dah keluar awal sebelum masa rehat. Penat dan merasa hampa terpaksa balik, kerja tertangguh dan datang semula keesokan harinya. Datang keesokan harinya, juga tidak berada di pejabat kerana pergi ke kursus (entah dimana) selama 2-3 hari. Tidak meletakkan sebarang notis di hadapan pintu mengatakan mereka keluar ke kursus, membuatkan pelajar tertunggu2.

- Perkara ini tidak sepatutnya berlaku demi masa depan universiti yang gemilang -

Feloo pangsapuri yang tidak perihatin

Felo dan pekerja asrama pangsapuri utem adalah sama sekali tidak perihatin terhadap masalah pelajar dan sangat tidak mesra pelajar. Staff seperti ini sepatutnya diberikan tindakan yang sewajarnya adalah tidak patut mereka memberikan layanan yang buruk. Mereka sepatutnya faham akan keadaan pelajar2 utem yang membayar kos penginapan yang sangat tinggi (berbanding dengan universiti lain) dengan kemudahan yang lemah, pentadbiran yang lemah ditambah pula dengan staff yang tidak beretika.

Pelajar yang belajar di utem nie faham akan message yang disampaikan dan tidak perlu untuk staff memarahi dengan teruk sekali. Ini bukanya sekolah rendah atau asrama sekolah menengah, pelajar universiti faham akan peraturan dan memohon kebenaran untuk menggunakan sesuatu kemudahan. Jika tidak dibenarkan maka pelajar universiti akan faham, namun jika dimarahi seperti kanak2 dan menjatuhkan maruah seseorang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku di universiti ini.

- Seharusnya staff universiti berkenaan dikenakan tindakan -

Friday, June 6, 2008

Perlunya penubuhan kesatuan pelajar UTeM

Kedudukan kebajikan pelajar di UTeM kini semakin meruncing, disini cadangan perlunya penubuhan sebuah suruhanjaya atau kesatuan pelajar yang kuat dan aktif dalam menyuarakan permasalahan pelajar di UTeM.

Kesatuan ini adalah bertujuan untuk menyatukan semua Mahasiswa di UTeM di bawah satu payung seperti mana BAKUTKM iaitu badan kebajikan staff UTeM. Penubuhan ini akan dapat membawa satu impak yang besar di mana di UTeM terdapat 2 badan yang kuat dalam memperjuangkan hal2 berkaitan dengan kebajikan kepada pihak atasan.

Kesatuan yang ditubuhkan ini akan bertindak membincangkan hal2 kebajikan terus kepada pihak2 yang berkenaan seperti canselori. Wakil2 daripada kesatuan ini akan berbincang terus dengan pihak tertinggi universiti tanpa melalui pihak Hal Ehwal Pelajar. Badan perhubungan pelajar seperti MPP akan membincangkan hal2 kebajikan dengan pihak HEP. Namun kesatuan ini akan membawa hal2 yang besar yang disuarakan oleh pelajar.

Kesatuan yang dibentuk ini diwakili oleh setiap penjuru universiti, ianya merangkumi ketua rumah setiap kolej kediaman, ahli2 jawatankuasa jaksis, ketua2 dan ajk2 kelab, Majlis Perwakilan Pelajar, Ahli jawatankuasa kolej kediaman luar dan ketua2 dari setiap kursus. Jika semua perwakilan ini hadir ke mesyuarat yang telah ditetapkan bersama pegawai2 tinggi universiti maka segala permasalahan yang timbul akan dapat diselesaikan dengan berhemah dan maklumat itu akan sampai ke setiap pelusuk universiti.

Setiap perwakilan yang hadir akan diberikan risalah2 dari pelbagai kelab dan dari pihak universiti untuk ditampal di mana2 sudut dinding di kolej kediaman untuk pengetahuan para pelajar yang lain. Ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat kepada semua warga universiti agar mereka yang tidak aktif sekurang2nya tau apa yang berlaku di dalam universiti dan apa aktiviti yang akan dijalankan.

Sekali lagi saya tegaskan agar, kesatuan pelajar UTeM ini perlu diaplikasikan dengan segera untuk kebaikan warga universiti.